Assalamualaikum dan salam sejahtera,
![]() |
| KLIA2 merupakaan lapangan terbang menggantikan LCCT |
KLIA2 telah dibuka kepada orang ramai pada awal Mei baru-baru ini. Ianya merupakan lapangan terbang baharu menggantikan Terminal LCC. Pertama kali berkunjung ke KLIA2 ini memang terasa keluasan lapangan terbang itu jika dibandingkan dengan terminal LCC.
Sekiranya anda tertanya-tanya cara untuk pergi ke KLIA2, disini ada beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk pergi ke lapangan terbang baharu ini.
Memandu sendiri
Ini merupakan cara paling banyak digunakan, anda boleh menggunakan laluan lebuhraya mahupun jalan persekutuan untuk menuju ke KLIA2. Sekiranya anda tidak pasti, hanya perlu melusuri papan tanda KLIA dan sebelum tiba ke terminal KLIA, akan ada susur keluar ke KLIA2.Kadar tempat letak kereta di Terminal KLIA2 ini adalah seperti berikut:
Kadar Parkir Kereta (RM)
1 – 3 Jam 4.00 / jam
4 – 5 Jam 3.00 / jam
6 – 9 Jam 3.00 / jam
> 10 Hours 2.00 / jam
Kadar Maksima sehari 46.00 / sehari
Kadar Parkir Motorsikal (RM)
Sekali masuk 1.00 / sehari
E.R.L
Cara lain anda boleh menuju ke KLIA2 adalah dengan menggunakan perkhidmatan ERL.Terdapat dua jenis perkhidmatan ERL yang anda boleh gunakan, KLIA Transit atau KLIA Ekspress.KLIA Transit – Perjalanan mengambil masa 39 minit dari KL Sentral
KLIA Ekspress – Perjalanan mengambil masa 33 minit ke KLIA2.
Anda juga boleh pergi ke KLIA2 dari KLIA dengan membeli tiket transit. Perjalanan mengambil masa selama 3 minit menggunakan KLIA Transit ataupun KLIA Ekspress. Nak tahu jadual dan harga tiket sila klik “Jadual dan harga tiket ERL“.
Teksi
Untuk perjalanan yang lebih selesa dan pantas ke KLIA atau KLIA2, anda boleh mendapatkan khidmat teksi terbaik untuk ke KLIA atau KLIA2, iaitu dari syarikat saya sendiri, Achik Teksi 24 jam. Kami menyediakan khidmat pick-up terus di depan pintu rumah anda. Untuk booking ke Airport KLIA atau KLIA2, anda cuma whatsapp atau call saya di +60167132602 (Achik Teksi). Apa yang menarik tentang servis kami adalah ketepatan masa adalah keutamaan kami. Jadi anda tidak perlu risau untuk ke airport sama ada ke KLIA atau KLIA2, kami sedia menerima tempahan dari anda =)Bas
Perkhidmatan bas juga masih disediakan seperti mana semasa di terminal LCC sebelum ini. Tiket boleh diperolehi di kaunter terminal tingkat 1. Syarikat yang menyediakan perkhidmatan bas setakat ini adalah seperti berikut:- Skybus
- Jetbus
- Starshuttle
- Transnasional
- Aerobus
- Yoyo Bus
- Airport Liner
- Starmart
